[1] [2] [3] [4]
Keistimewaan Air Mineral Beralkali
Air adalah kurniaan Tuhan.
Tubuh kita mengandungi lebih kurang 60-70% air. Ia memainkan peranan penting dalam fungsi-fungsi organ seperti mengawal suhu badan, membawa zat-zat makanan, mengeluarkan bahan buangan dan lain-lain. Hanya dengan meminum air yang sihat, barulah kita memiliki tubuh kuat dan sihat. Air yang berkualiti patut mengandungi zat-zat galian yang diperlukan oleh badan, beralkali (pH 7.0 - 8.5), bebas daripada kuman, bahan kimia atau logam berat yang merbahaya. Air Mineral Waters beralkali telah dikategorikan sebagai air berkualiti kerana ia mengandungi zat-zat galian, beralkali dan nilai kealkaliannya adalah sepadan dengan nilai pH darah kita, iaitu pH 7.4. Dengan itu, hubungan Air Mineral Waters dengan kesihatan tubuh adalah bagai aur dengan terbing.

Tubuh Berasid - Punca Penyakit
Sel yang sihat adalah bersifat alkali tetapi sel barah bersifat asid. Dalam jangka masa yang panjang, sisa-sisa berasid yang terkumpul dalam tubuh akan menyebabkan gangguan pembekalan khasiat dan oksigen kepada sel-sel tubuh. Ini akan mengakibatkan gangguan fungsi organ tubuh, penuaan dan pelbagai jenis penyakit seperti penyakit kencing manis, penyakit ginjal, darah tinggi, barah dan lain-lain. Pencemaran air, udara dan tekanan hidup turut menjadi faktor-faktor yang menyebabkan tubuh kita menghasilkan lebih banyak sisa berasid. Keadaan ini akan memudaratkan kesihatan kita.

Kajian membuktikan Air tulen (air suling atau air RO) adalah bersifat asid. Air tulen tidak mengandungi sebarang zat mineral yang diperlukan oleh tubuh kita. Sebaliknya, ia akan membahayakan kesihatan kita dengan menyebabkan tubuh kita kehilangan zat galian serta ketidakseimbangan pH tubuh. Semakin banyak kita meminum air tulen, semakin tinggi punca risiko mendapat masalah tubuh berasid serta penyakit.

Minum air mineral Waters, langkah ke arah kesihatan
Isu panjang umur berkait rapat dengan pengambilan air mineral yang beralkali. Maka,kita patutlah mengamalkan sikap meminum air mineral Waters (pH 7.4) demi menjaga kesihatan kita. Air mineral Waters yang beralkali dapat meneutralkan dan menyingkirkan sisa-sisa berasid yang terkumpul dalam badan kita. Ia juga berupaya mengimbangkan paras pH tubuh kita untuk mengelakkan pelbagai jenis penyakit, terutamanya penyakit kronik. Lebih-lebih lagi, air mineral Waters berupaya membekalkan zat-zat galian yang diperlukan oleh tubuh untuk menjaga kesihatan dan kecergasan badan. Kita haruslah memakan lebih banyak sayur-sayuran dan meminum air mineral Waters.

Kamus Kesihatan
Darah manusia adalah pH 7.4
Air minuman berkualiti pH 7.0 - 8.5 *
> 20 jenis mineral diperlukan
- kalsium, magnesium, fosforus, kalium, besi, selenium, mangan dan lain-lain.

Mineral bukan saja menguatkan tulang dan gigi, ia juga membantu pertumbuhan otot, menstabilkan kesihatan sistem saraf serta penting dalam kejelitaan kulit dan kesihatan jantung dan melambatkan proses penuaan.