[1] [2] [3] [4]
Kesihatan dan penjagaan kesihatan sering menjadi topik perbincangan, tetapi berapa ramaikah yang benar-benar memahaminya?

Anggapan tradisional - sihat bermakna tidak berpenyakit. Sebenarnya, kesihatan merangkumi aspek-aspek seperti fizikal, mental dan juga moral. Untuk menikmati hak kesihatan, kita mestilah menjalankan tanggungjawab kita, iaitu menguruskan kesihatan diri sendiri!

Tubuh kita terdiri daripada lebih kurang 60 trillion sel. Kesihatan bermaksud setiap sel binaan tubuh adalah sihat, aktif dan menjalankan proses metabolisme yang normal. Tugas menjaga kesihatan ialah memastikan setiap sel memperolehi oksigen yang segar, air yang berkualiti serta 46 jenis khasiat perlu (yang tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia). Selain itu, kita juga perlu mengutamakan kesihatan jiwa serta waktu tidur dan senaman yang mencukupi.

Masalah kesihatan biasanya berpunca daripada pemakanan yang tidak seimbang, tabiat kehidupan yang tidak teratur atau penggunaan ubat-ubatan yang tidak terkawal dan semua ini berlaku dalam jangka masa yang berpanjangan. Apabila kita berasa tidak selesa, sakit kepala, sukar tidur ataupun tidak berselera, pada masa itu, penyakit sudah mula terbentuk. Sebagai manusia abad ke-21, kita jangan mengabaikan kepentingan 'Pengurusan Kesihatan Diri'!

Konsep OHONLY adalah berasaskan semangat membina kerjaya dan membantu penjagaan kesihatan semua orang. Oleh itu, siri produk WATERS Mineral Pot menyediakan air berkualiti dan siri produk VODE pula membekalkan suplemen kesihatan berkhasiat dari bahan-bahan semulajadi untuk memelihara kesihatan anda!

Memperolehi pengetahuan penjagaan kesihatan yang betul adalah kunci untuk memperolehi kesihatan fizikal dan mental.