WATERS Alka Plus, Vod¨¦ BIOAGE dan Vod¨¦ Fresh Royal Jelly
Mohd Noh Bin Mohd Tahir, 59 tahun, Kuala Lumpur
Sejak umur 28 tahun, saya mengalami masalah buasir dan tangan kanan saya mumpunyai satu ketumbuhan yang semakin keras dan besar sehingga bersaiz seperti telur itik.

Selepas meminum air Alka Plus selama 6 bulan, mengambil 1 botol Vod¨¦ BIOAGE dan Vod¨¦ Fresh Royal Jelly, ketumbuhan tersebut telah mengecut dan buasir hilang! Kini, saya bertenaga seperti orang muda, berfikiran positif dan sentiasa ingin bertindak untuk kebajikan. Terima kasih diucapkan kepada Mr. Yong atas nasihat beliau. Alhamdulillah!

Nor Asikin Binti Bahari, 32 tahun, Kelantan
Saya mengalami sakit kepala yang amat teruk (migrain) setiap kali keluar rumah dan terdedah kepada sinaran matahari. Setelah berkahwin, saya mengalami keguguran sebanyak 9 kali dalam masa 10 tahun. Dari tahun 2002 - 2006, saya tidak boleh mengandung walaupun sihat dan subur. Setelah satu bulan setengah meminum air Alka Plus, saya disahkan mengandung semula! Ini memang berita yang paling menggembirakan! Setelah 3 bulan, sakit kepala hilang. Syukur kepada Allah!
Mohd Zlan Bin Hamid, 33 tahun, Selangor
Saya telah menghadapi masalah sakit sendi di jari-jari tangan, sakit bahu dan darah tinggi (140/ 97 mmHg) selama kira-kira 5 - 6 tahun. Setelah hanya 1 bulan setengah meminum air Alka Plus, sakit tersebut telah beransur-ansur pulih. Tekanan darah juga telah menurun kepada bacaan yang lebih normal (122/ 84 mmHg).
Siti Syaripah Mat Tamin, 43 tahun, Selangor
Saya telah menghidap gastrik selama hampir 10 tahun dan ia memang di tahap yang kritikal. Apabila saya terlambat sedikit untuk mengambil makanan atau tidak bersarapan, gastrik akan menyerang sehingga menyebabkan saya perlu dirawat di hospital. Pada peringkat awal meminum air Alka Plus, gastrik menyerang secara tiba-tiba dan saya terus masuk hospital. Saya demam 2 hari dan mengalami muntah yang teruk. Namun selepas 2 hari badan saya menjadi sihat, malah kini (sudah 12 hari meminum air Alka Plus) saya tidak berasa apa-apa jika lambat atau terlupa makan!
Abd Sarif Bin Abu Had, 53 tahun, Selangor
Saya telah mengalami sakit kepala yang amat teruk selama 20 tahun. Saya juga menghadapi kesukaran untuk tidur, membuang air besar dan air kecil. Setelah meminum air Alka Plus selama 1 bulan, masalah-masalah tersebut hilang dan saya berasa amat gembira!
Mohd Syawalluddin Bin Abd Sarif, 16 tahun, Selangor
Saya mengalami masalah resdung dan bisul yang agak teruk pada bahagian muka. Akibatnya, muka saya kelihatan lebam kemerahan, gatal dan berminyak. Kadang-kadang, ia bernanah dan meninggalkan parut. Selepas meminum air Alka Plus, masalah tersebut beransur-ansur hilang dan muka saya kelihatan lebih bersih dan elok. Saya akan terus meminum air Alka Plus supaya keadaan muka saya menjadi lebih baik lagi.
Mariani Binti Mamat, 43 tahun, guru, Kelantan
Saya dibelenggu oleh sakit tulang belakang dan pinggang, lenguh kaki dan masalah di bahagian rahim. Saya pernah masuk hospital (10 hari) disebabkan sakit pinggang dan telah mengambil ubat tahan sakit selama 1 tahun (setiap malam 2 biji) dan setiap minggu menjalani rawatan fisioterapi. Namun kesannya tidak memuaskan. Dari bulan Feb 2006, saya mula meminum air Alka Plus (sekurang-kurangnya 8 gelas), Vod¨¦ Propolis (2 kali sehari, setiap kali 4-5 titis, minum sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur) dan 1 penutup BioAge setiap hari . Kini, muka saya kelihatan jauh lebih cerah dan muda. Saya juga berasa cergas dan aktif. Saya boleh dikatakan telah sihat 99.99 %!

Marizan Bt. Ramli, 24 tahun, Kelantan
Saya mempunyai tabiat suka minum air berkarnonat dan minuman manis. Akibatnya, saya sering menghadapi masalah pening kepala, badan berasid, tidak berselera dan sembelit (membuang air besar sekali dalam masa 2 atau 3 hari). Selepas meminum 10 botol air Alka Plus (1 botol = 500 ml), semua masalah tersebut telah hilang! Saya juga telah menghentikan tabiat meminum air berkarbonat dan manis. Kini saya telah sihat. Alhamdulillah!

Shapurah Bt. Shamsudin, 41 tahun, Melaka
Saya perlu menggunakan Ravin Enema (air sabun) untuk menyenangkan pembuangan air besar kerana mengalami masalah sembelit. Saya juga sakit lutut dan sendi dan sakit badan kerana sibuk memasak dan berniaga. Setelah meminum air Alka Plus, semua masalah tersebut tidak muncul lagi. Saya berasa sihat dan gembira!

 

Noorzali Bin Noordin, 51 tahun, K. L.
Saya menghidap gout sejak 5 tahun lalu. Setiap kali apabila mengalami kesakitan, saya perlu makan ubat tahan sakit dan ubat gout. Jika amat sakit, suntikan akan diambil untuk meredakannya. Dalam tempoh 30 hari meminum air Alka Plus, saya dapati sakit gout sudah mula reda. Kini, sakit gout tidak menyerang saya lagi! Alhamdulillah air Alka Plus telah memulihkan saya.
Hussein Bin Mohd. Isa, 65 tahun, Rawang
Saya mengalami sakit gastrik 6 bulan dan perlu makan ubat setiap hari. Saya juga sakit dan lenguh sendi dan pinggang. Selepas hanya minum 2 gelas air Alka Plus, saya berasa ada perubahan. Sehingga kini, saya tidak perlu makan ubat dan hanya minum air Alka Plus.
Fatimah Nor Binti Abdul Latif,
51 tahun, Selangor

Saya pernah sakit 'acute osteoarthritis' pada lutut kiri - berjalan perlahan, tidak dapat naik tangga dan membengkokkan lutut. Arthritis pada siku kanan sehingga tidak dapat mengangkat gelas. Kini, sakit telah hilang sepenuhnya. Saya menjadi lebih aktif dan boleh bergerak dengan lebih laju.

 
Mohd Zaki Bin Shaaban, 56 tahun, Ipoh
Saya telah menghidap sakit gout hampir 20 tahun. Pemeriksaan menunjukkan bahawa kandungan asid urik dalam badan saya sangat tinggi. Pernah pada suatu ketika saya terpaksa menggunakan kerusi roda. Kini saya telah meminum air Alka Plus lebih daripada 4 bulan, sakit gout hilang dan saya boleh buat apa-apa kerja sahaja yang diingini.
Hjh. Noor Aini Abd. Hamid, 52 tahun, Kelantan
Saya menghadapi masalah darah tinggi yang kronik sehingga dimasukkan ke wad kecemasan. Anak-anak saya (9 orang) juga menghadapi berbagai masalah kesihatan seperti migrain, masalah buah pinggang dan sering mengantuk dalam kelas. Setelah hanya 1 bulan meminum air Alka Plus, masalah saya dan anak-anak telah dapat diatasi! Kami berasa amat bertuah kerana dapat bertemu dengan Alka Plus yang hebat ini!
Rokiah Ali, 44 tahun, Selangor
Saya mengalami masalah darah tinggi (180/ 100 mmHg), pening kepala, tangan kiri kebas, sakit tengkok, bahu, dada, pinggang serta lutut dan banyak urat timbul di betis. Selepas 1 bulan meminum air Alka Plus, saya berasa lega dan kesihatan saya telah beransur pulih (tekanan darah turun kepada 150/ 100 mmHg dan masalah lain yang tersebut di atas turut telah hilang)!
Hamiza Bunyamin, 36 tahun,
Johor Bahru

Pada asalnya, anak saya menghidap penyakit asma. Kalau asma menyerang pada waktu malam, dia perlu dihantar ke klinik untuk mendapatkan sedutan oksigen. Setelah kira-kira 7 bulan meminum air Alka Plus, dia tidak perlu menggunakan inhaler (alat yang menghasilkan wap ubat untuk sedutan) lagi!
Suppaiah A/L Perumal, 56 tahun, Shah Alam
Kaki kanan saya pernah menjalani pembedahan di mana sebahagian daripada tulang telah dikeluarkan dan digantikan oleh plat logam. Saya perlu mengambil banyak ubat tahan sakit. Sekiranya ubat tidak diambil, saya tidak dapat keluar rumah disebabkan kaki sakit. Akibat kesan ubat tahan sakit, gastrik telah menyerang saya dan saya perlu mengambil ubat gastrik. Selepas meminum air Alka Plus, gastrik telah berkurangan dan baru-baru ini saya telah berhenti mengambil ubat gastrik selama 2 minggu tanpa sebarang gangguan sakit gastrik. Kini saya juga telah berhenti mengambil ubat tahan sakit. Ini sememangnya jasa air Alka Plus!

Hindun Bt Zahair, 45 tahun, Selangor
Badan saya sering letih lesu, susah bangun pagi dan kencing tidak lawas. Selepas meminum air Alka Plus, badan saya berasa ringan, menjadi rajin dan masalah kencing tidak lawas hilang. Tambahan pula, lenguh kaki dan lutut juga telah reda. Alhamdulillah..

Sundakumari a/p Rengasamy,
55 tahun, Shah Alam
Seluruh badan saya berasa sakit apabila bangun pagi setiap hari. Selepas meminum air Alka Plus selama 2 minggu, saya tidak lagi menghadapi masalah ini. Saya berasa segar setiap pagi dan menjadi lebih aktif. Syabas air Alka Plus!

Samsudin Bin Dollah, 73 tahun, Selangor
Saya mengalami masalah buasir, gout dan sakit mata. Isteri saya pula migrain, darah tinggi dan lumpuh (sebelah badan). Selepas meminum air Alka Plus, saya dan isteri saya telah bertambah sihat dan bertenaga.

 

Hazarie Bin Ismail, 47 tahun, Kedah
Selepas 3 minggu meminum air Alka Plus, tekanan darah tinggi 175/ 110 mmHg telah turun kepada 130/ 80 mmHg. Saya dapat tidur dengan lebih lena kerana tidak perlu bangun untuk buang air kecil, tidak berasa lenguh pinggang dan sakit otot kaki (betis) lagi dan keadaan kesihatan telah bertambah baik.
Lee Yoke Wah, 36 tahun, Klang
Setiap hari selepas bangun dari tidur, tapak kaki dan betis saya berasa amat sakit apabila mula berjalan. Masalah ini berlanjutan selama 2 tahun dan saya berasa terseksa. Bahagian tepi tapak kaki saya juga mempunyai banyak gelembung. Kini, kaki saya jarang sakit dan gelembung pada tepi tapak kaki juga telah berkurang dengan banyak.

Nik Abdullah bin Harun, 62 tahun, Kelantan
Dengan Alka Plus, pembuangan air besar menjadi lawas dan air besar adalah lembut dan berwarna kuning. Kadang-kadang membuang 2 kali sehari. Kencing manis (gula darah 14.7 mmol/L) juga menurun kepada 8.4 mmol/L selepas 10 hari. Mata tidak rasa pedih dan berair lagi. Saya berasa segar dan ceria serta boleh berjalan jauh.
Hj Arifin Hj Ahmad, 57 tahun, K.L.
Selepas keluar dari hospital (demam denggi berdarah), badan masih berasa tidak berdaya serta sakit pada semua anggota dan sendi. Pada hari kedua meminum air Alka Plus, sakit sendi dan badan hilang.